Wednesday, February 10, 2010
aku tak terfikir dia akan buat begitu ...
Posted by ASE1 at 10:04:00 AM 2 comments
Thursday, February 4, 2010
sebahagian lagi , masih dlm proses ...
Posted by ASE1 at 7:26:00 PM 1 comments
Monday, January 25, 2010
sebahagian jer , ada lagi ...
setelah dicat ..
Sejak rumah ini siap tahun 1996 , aku belum pernah menduduki rumah nie . Hanya disewakan saja . 5 keluarga menjadi penyewa bersilih ganti . Macam2 karenah penyewa .. dan akhirnya , aku mengambil keputusan utk membaikipulih rumah ini dan menggunakannya utk mengejar impian aku .
Posted by ASE1 at 4:01:00 PM 4 comments
Wednesday, January 13, 2010
Tuesday, January 12, 2010
terluka berkali2 ...

Aku pernah ajak dia berbincang . Bila aku luahkan pendapat aku dia diam aje . tak de komen apa2 ... cuma dia bagi tau supaya uruskan sendiri ... rumah sendiri , pandai2 lah !
Bila aku berurusan dgn org lain utk utk cat keseluruhan rumah tu , dia kata aku keterlaluan , boros dan tak pandai meguruskan duit . Duit sebanyak tu boleh buat gi UMRAH ... Sebenarnya aku tak kisah pun psl harga yg ditetapkan tu kerana dia tak langsung nak menolong ...
Pagi2 lagi dia dah sakitkan hati aku . Bukannya nak berbincang dan tolong uruskan , malah kata2 yg menyakitkan hati kuar dari mulut dia ... Dia suruh tipon abg dia utk uruskan . Bila aku berbuat demikian , aku terasa hati lagi ... seolah2 bila nak harga murah , baru cari dia ...
2 org lelaki yg rapat dgn aku telah membuat aku sebak dan menitiskan airmata ...
Posted by ASE1 at 9:12:00 AM 1 comments
Sunday, January 3, 2010
PLKN siri 7/2010 ...
Posted by ASE1 at 12:14:00 PM 2 comments
Thursday, December 24, 2009
3 jam utk 5 minit ...

Hari tu mmg benar2 menguji kesabaran aku dan Lyna . Aku terpaksa menunggu 3 jam hanya utk mendptkan tandatangan doktor yg tak sampai pun 5 minit .
Pagi tu , kami ke sebuah klinik kerajaan utk membuat medical check up bagi persediaan ke PLKN mggu depan . Setelah siap menjalani ujian air kencing dan darah , nombor pun di beri .. uiks , ada 15 org lagi sebelum nombor 81 .. ketika itu kul 10.36 a.m .
Napa lah lambat sangat nie , ramai yg dah merungut termasuk aku . Ada beberapa org yg mmg dah tak sabar , masuk tanpa mengikut nombor , perlu kah aku buat begitu sedangkan ada yg masih setia menunggu . Kenapa tak diutamakan ' warga emas ' kesian mereka ! Lyna mengajak aku pulang kerana ada aktiviti lain yg perlu dihadiri , datang hari lain .. tapi aku plk tak mempunyai masa utk dtg semula , tunggu jer lah ... Alang2 dah duk lama kat situ ..
Akhirnya , giliran pun tiba .. masuk kul 1.34 dan keluar kul 1.39 , ermmmm ... Alhamdulillah , urusan utk hari itu selesai walaupun perasaan nak marah sangat , sabar , sabar ....
Posted by ASE1 at 8:57:00 AM 3 comments